Sejarah Penubuhan


Maahad Muhammadi Rantau Panjang telah diasaskan pada awal tahun 1964 oleh Ustaz Haji Mohamad bin Yacob selaku Guru Besar waktu itu yang dikenali sebagai Madrasah Al-Fauziah Banggol Kulim.

Awal tahun 1965, Jawatankuasa Sekolah telah memutuskan untuk membina bangunan tambahan yang boleh menampung tiga bilik darjah di mana bangunan itu digunakan sesi pagi untuk pelajar perempuan dan sesi petang untuk pelajar lelaki.Tahun 1966, sekolah tersebut telah didaftar di bawah Majlis Agama Islam Kelantan. Awal tahun 1968, satu ekar tanah telah dibeli dengan harga RM1,300.00 sebagai tapak sekolah Madrasah Al-Fauziah sekarang yang dibina dalam tahun 1969.

Pada tahun 1981, Kerajaan Kelantan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1,000,000.00 (Satu Juta) untuk membina bangunan baru di atas tanah seluas tujuh ekar yang dibeli dengan harga lebih kurang RM189,000.00 dan bangunan baru yang dibina dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama (Arab) Banggol Kulim.

Pada tahun 1983, sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiranYayasan Islam Kelantan (YIK) hingga sekarang.

Pada tahun 2005, nama sekolah ini telah ditukarkan daripada Sekolah Agama Banggol Kulim kepada Maahad Muhammadi Rantau Panjang dan pada Januari 2011, SMU(A) Al-Fauziah pula telah digabungkan dengan Maahad Muhammadi Rantau Panjang di bawah satu pentadbiran yang sama.

Pada 05 Mei 2014 semua guru dan pelajar di bangunan SMU(A) Al-Fauziah telah berpindah secara rasminya ke Maahad Muhammadi Rantau Panjang.

No comments:

Post a Comment